Friday 10 April 2015

Anak Jepun

Bismilllah

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah. Kita masih diberikan nikmat Iman, Islam hingga ke saat ini. Nikmat nyawa masih lagi kita punya untuk terus hidup beribadah kepada Allah.

17-21 Januari 2015!

Aku telah menyertai geng anak Johor mengadakan program bertemakan kemasyarakatan di Pagoh, Johor. Aku bukan anak Johor. Sekadar mengisi masa cuti semester yang bagi aku agak panjang (1 bulan).

Kembara Bakti Generasi Johor, KEJOHO!

Seperti program kemasyarakatan yang pernah aku sertai sebelum ini, KEJOHO sama sahaja, tiada perbezaan ketara. Tetapi, KEJOHO ada melibatkan pelajar bukan kerakyatan Malaysia. Mereka terdiri dari kerakyatan negara Jepun dan China.

Paling menarik, anak-anak Jepun dan China ini fasih berbahasa Melayu. Aku tanya pada kamu semua.

Apa perasaan bila orang asing pandai berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan Malaysia, termaktub dalam perlembagaan negara? 

Aku ingin kongsikan perjalanan aku selama 5 hari di Pagoh, Johor bersama anak Jepun, Hiroto Mizumoto.

Pertama kali aku jumpa dia di Pusanika, aku sekadar senyum dan mengucapkan kata-kata indah orang barat,

' Hello '

Jangkaan awal aku, dia tidak pandai berbahasa Melayu. Atas dasar itu, aku cuba bertutur dalam bahasa Inggeris. Jujur, aku malu pada diri sendiri.

Ceramah kemanusian Palestin di Masjid Al Falah, Kampung Panjang Sari. Ini kali pertama aku bercakap dengan anak Jepun ini dalam bahasa Melayu, bahasa tanah air aku.

Orang kampung sedang menunaikan solat Isyak, aku mendekatkan diri aku dengan dia untuk aku kenali dia dengan lebih dekat.

Kau tahu, Hiro sedang buat apa?

Menterjemah tentatif program


Budaya Jepun memang hebat. Tapi aku lagi suka budaya Melayu. Ada masa terluang, anak Jepun ini akan luangkan masa buat catatan untuk memperbaiki bahasa Melayu dia. 

Catatan perkataan bahasa Melayu


Baru 4 bulan berada di Malaysia, pencapaian yang bagus untuk dia. Kata dia, tahap kefasihan dia berbahasa Melayu adalah pada tahap 1. 

Jangan pergi jauh, kita lihat Menteri kita. Berpuluh tahun hidup di Malaysia. Bertutur dalam bahasa Melayu masih hadapi Masalah. 


Aku bukan taksub dengan anak Jepun ini. Aku sangat teruja bila mana ada orang asing belajar bahasa Melayu. Dia ingin kenal budaya Malaysia. 


Pesanan aku, jangan terlalu teruja dengan orang luar sampai diri sendiri kau lemahkan.


Nota kaki;

1. Hiro juga hebat bermain futsal. Tiada gaya seperti Kagawa, Hiro berjaya mengawal bola dengan baik. Ya, gol jaringan Hiro memang cantik. 

2. Seperti biasa, aku menambah Hiro sebagai kawan di FB dan menjadi pengikut dia di Instagram (Hiro 'follow' aku dulu).

3. Terima kasih kepada karya Pedagogi Bahasa Tertindas. Ruang minda aku telah dibuka untuk berfikir survival bahasa Melayu di tanah, bumi Malaysia. 







No comments:

Post a Comment