Tuesday 21 April 2015

Cerita Zaman Sekolah

Zaman dewasa atau zaman sudah meningkat umur. Bila dibuka cerita berkenaan sekolah. Pasti senyuman terukir di bibir.

Masakan tidak, terlalu banyak kenangan yang bermain di minda. Dari perkara nakal yang dilakukan hingga ke perkara soleh.

Saya akan ceritakan sedikit cerita zaman sekolah saya. Baik di sekolah rendah, mahu pun sekolah menengah.

Buat pengetahuan pembaca, saya bukan berasal dari sekolah berasrama penuh. Maaf, mungkin cerita saya tidak sama dengan cerita awak.

Saya datang dari sekolah harian dan saya banggga.

" Budak sekolah harian takut berpisah dengan mak abah "

Siapa cakap macam itu, makan buku lima saya. Haha.

" Budak sekolah harian selalu dapat keputusan peperiksaan rendah atau corot "

Biasa kita dengar sebab semua budak pandai dikumpulkan di sekolah asrama penuh.

Atas sebab itu saya tidak suka sekolah di asrama penuh. Tak suka bersama dengan budak pandai. Skema !!!

Kalau kita lihat, majoriti pelajar cemerlang datang dari sekolah harian. Dan majoriti pelajar yang kurang cemerlang atau corot juga datang dari sekolah harian.

Tahniah !

Saya bangga selaku wakil sekolah harian.

Zaman sekolah, budak-budak selalu terpengaruh dengan budaya 'fashion' di luar pintu pagar sekolah.

Seluar pelajar lelaki.

Ada 3 ' fashion ' popular;

1. Normal cutting (Budak skema)
2. Small cutting like skinhead (Kepala botak)
3. Besar dan londeh (Gaya budak hip hop)

Saya pernah cuba gaya 1 dan 2. Saya bermula dengan 'normal cutting'.

Dapat pengaruh kawan, dan mula rasa nak bergaya. Cuba untuk kecilkan seluar bahagian bawah.

" Mak, tolong jahitkan seluar. Kecilkan bahagian bawah "

Selalu juga kena marah dengan mak.

Mak kata:

" Beli seluar baru, terus nak jahit! "

Sejak dari hari itu, saya hanya beli seluar dari kedai bundle. Bila suruh mak jahit, boleh kata ini bukan seluar baru tapi 'second hand'. Haha

Kini, saya jahit seluar sendiri. Saya sudah belajar menjahit.

Gaya yang ketiga, saya tidak mencuba. Tapi saya perhatikan kawan-kawan pakai di sekolah.
Gaya mereka tak lengkap hanya sekadar seluar besar dan londeh, beg mereka harus cecah punggung. Baru cukup sifat gaya itu.

" Beg mereka mesti ada jahitan logo tertentu. Logo apa? Cari sendiri "

Geng ini bangga jika seluar londeh sampai nampak boxer. Haha

Kain wanita. Ada 2 gaya yang menonjol yang saya ingin kongsikan.

1. Kain biasa ikut peraturan sekolah.

Gaya ini boleh lihat pada pengawas sekolah. Kebiasaanya, pengawas sekolah ini contoh kepada sekolah.

Dalam apa perkara, mohon jadikan pengawas sekolah rujukan (Saya bersikap sarkastik).

2. Kain singkat

Gaya ini biasa popular dalam kalangan pelajar wanita yang hidup berkumpulan. Mereka berasa yakin jika berada bersama.

Iya lah, hari-hari perlu berhadapan dengan Cikgu Disiplin a.k.a ustazah. Kalau ramai-ramai, kurang rasa takut.

Sama macam geng seluar londeh. Pelajar wanita tidak lengkap hanya kain singkat. Harus tudung juga singkat dan stokin pendek.

Ini gaya idaman kumpulan tertentu.

Buat masa ini, cukup seluar dan kain jadi fokus saya.

Dalam banyak-banyak gaya yang pelik di sekolah dan menghangatkan hati cikgu disiplin untuk naik hantu, lagi teruk gaya Mahasiwa Universiti bergaya di Universiti.

Saya mencadangkan, diwujudkan jawatan pengawas dan cikgu disiplin di Universiti.

1 comment:

  1. Cutting seluar nombor dua kat sekolah kami panggil seluar cikang. Jenis yg selalu dpt kat cikgu disiplin. Haha.

    ReplyDelete