Tuesday 7 April 2015

Geng Surau

Bismillah

' Berkopiah putih, bertudung labuh '

Itu pakaian sinonim dengan Geng Surau

Aku kadang kala jadi pelik. Mereka ini bukan budak jahat. Mencuri, merompak. Tak pernah aku dengar. Inikan aku lihat dengan mata aku sendiri.

Tapi, Geng Surau ini sering diberi ancaman dengan kata-kata tidak enak. Aku tidak tahu di mana silapnya.

Aku takut juga nak tulis pasal Geng Surau ini. Nanti aku pula yang kena serang.

Aku 'steady'. Kena serang, aku tepis. Haha

Geng Surau , aku mula kenal waktu zaman Matrikulasi Negeri Sembilan, KMNS.

Macam aku kata, mereka tidak buat salah. Tapi, aku sendiri telah menjatuhkan hukuman pada mereka. 

Iya, Geng Surau, kau salah!

Tiada bukti, tiada saksi. Geng Surau didapati bersalah di bawah penghakiman aku. Mereka tidak berhak membela diri mereka.

Tapi, apa salah Geng Surau?

Aku masih tidak dapat kenal pasti, apa salah mereka.

Aku kata, mereka sombong. Tidak mahu berkawan dengan aku, Geng Nakal.

Aku kata, mereka berpuak-puak. Tidak mahu berpecah dari kumpulan mereka.

Aku kata, mereka bersikap tertutup. Tidak membenarkan ada lubang yang boleh aku masuk ke dalam Geng mereka.

Aku kata lagi, mereka ini anggap mereka suci. Aku, Geng Nakal ini kotor. Tidak layak bersama mereka.

Itu sahaja. 


Ada banyak lagi 'Aku kata' pada mereka. 

Atau lebih mudah, 'Aku hukum' mereka.

Tapi, semua hukuman itu tiada bukti, tiada saksi.

Apa benar, Geng Surau itu apa yang aku maksudkan?

Atau aku hanya bermain dengan persepsi aku sendiri.

Atau aku sebenarnya cemburu pada mereka. Cemburu aku tidak dapat bersama mereka. 

Aku malu untuk merendahkan ego aku untuk bersama mereka.

Percaya atau tidak. 

Aku kekalkan kepercayaan aku yang aku ini benar. Aku tidak salah. Aku bawa masuk persepsi ini ke dalam UKM.

Sekali lagi, aku telah menjatuhkan hukuman kepada Geng Surau.

Bezanya. Kali ini, bukan Geng Surau KMNS. 

Tapi, Geng Surau UKM.

Era baru sudah bermula.

Aku dan Geng Surau UKM!

Sekali lagi aku bertanya pada diri;

Apa benar kepercayaan aku terhadap mereka, Geng Surau ?

Untuk jawab persoalan aku. Aku mesti cari maklumat ini;

1. Apa aktiviti Geng Surau
2. Siapa ahli Geng Surau
3. Perwatakan ahli Geng Surau

Paling penting,

4. Aku harus kenal diri aku. Apa benar kepercayaan aku ini?

Nota kaki;

Ini bukan Geng Surau di Astro Oasis!

No comments:

Post a Comment