Monday 3 August 2015

Air Ketum dan Rokok

Diceritakan kepada aku dari orang terdahulu. Kini giliran aku menceritakan kepada kamu apa yang aku terima dan lihat.

1. Air ketum ini biasa orang kampung minum bila mereka memerlukan tenaga yang lebih. Contoh, aktiviti rewang orang kahwin.

2. Rewang ini memang penat. Contoh, kenduri hari Ahad. Hari Jumaat petang orang kampung sudah mula bekerja. Aku terlantar kepenatan, tak sempat mimpi petang tadi.

3. Mereka akan minum air ketum ini untuk tenaga untuk hari² yang berikutnya. Air ketum ini air yang asli. Tidak perlu saya bagi tahu bagaimana air ketum ini diproses. Huhu

5. Masalah anak muda sekarang ini, mereka suka 'invent' benda baru. Bayangkan lah, lemang diletak cheese, inikan air ketum.

Air ketum anak muda sekarang dicampur dengani ubat nyamuk, dan disalahguna (Abuse). Atas sebab ini, air ketum ini sudah tidak dibudayakan lagi.

6. Rokok menjadi pilihan bagi menggantikan air ketum. Iya, rokok ini tidak memberi apa² kebaikan, baik pada tenaga atau kesihatan.

7. Orang rumah akan sediakan rokok kepada tenaga kerja orang kampung (Lelaki sahaja). Dapat hisap rokok, mereka terus cergas. Tiada bukti dari kajian sainstifik. Maaf.

8. Aku tidak mahu menulis lebih, sebab aku tidak mahu promosi kedua-dua benda ini.

9. Sekarang, pakar² kesihatan, ini masa kita untuk jalankan tugas.

Huhuhu

No comments:

Post a Comment