Wednesday 30 September 2015

BUDAK NAKAL BADAR

Badar Ukmkl vs Budak Nakal



Pembongkaran kisah budak nakal yang ingin menjadi baik. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Ia sekadar kisah untuk dijadikan teladan buat semua. Minta maaf awal di pendahuluan jika ada individu atau kumpulan terasa hati dengan kisah ini.

Badar Ukmkl vs Amer Gerrard

BAHAGIAN PERTAMA

Segala kisah ini bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Secara jujur, saya tidak pernah dengar nama persatuan BADAR sebelum menjejakkan kaki ke bumi UKM. Ada yang bercerita mengenai persatuan ini yang telah lama wujud di sekolah-sekolah, terutamanya sekolah beraliran agama/arab.

BADAR itu nama persatuan di sekolah? Tetapi kenapa ia wujud di Universiti, tempat di mana tahap pendidikan tertinggi di Malaysia?

Jangan terkejut, mahupun tertawa. Nama yang baik, tiada salah digunakan. Walaupun berbeza lapangan. Baiklah, saya bantu, cuba untuk mempertahankan budak BADAR.

BADAR merupakan singkatan kepada Badan Dakwah dan Rohani. Untuk lebih menarik hal telinga, perkataan BADAR digunakan. BADAR juga mengembalikan memori kita kepada peristiwa pada zaman Nabi kita, Muhammad S.A.W. Sedikit sebanyak, persatuan BADAR ini akan mengingatkan kita kepada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.


BAHAGIAN KEDUA

Budak nakal si Amer Gerrard cukup tidak senang dengan budak BADAR ini. Jika pembaca pernah membaca di Facebook Amer Gerrard, mungkin pembaca pernah terbaca sebab Amer Gerrard tidak suka budak BADAR. Jika ingin tahu, boleh lawati Facebook rasmi Amer Gerrard.

Saya tahu, sukar untuk mencari kisah tersebut di Facebook Amer Gerrard kerana terlalu jauh di bawah timeline Facebook beliau. Saya akan ceritakan serba ringkas untuk pengetahuan pembaca.

Amer Gerrard tidak suka akan budak Badar sebab dia beranggapan atau mempunyai persepsi budak Badar ini sombong, hanya berkawan dengan geng mereka sahaja. Siapa geng mereka? Geng mereka adalah Geng Surau (Sila baca entri itu).

Saya menyarankan pembaca untuk baca entri Geng Surau ini untuk mendapatkan gambaran jelas persepsi yang bermain di minda Amer Gerrard.

Pada tahun pertama Amer Gerrard di UKM, beliau tidak rapat dengan Budak Badar kecuali ada beberapa individu. Individu ini telah membuka minda Amer Gerrard, budak Badar bukan seperti yang dia anggap. Di sini, saya mengakui, budak Badar ada kelemahan mereka. Memang benar, persepsi Amer Gerrard ada benarnya. Ada juga beberapa orang juga merasai perkara yang sama.

Setelah bersama hampir setahun dengan individu ini, Amer Gerrard mula mendekati Badar. Secara peribadi, Amer Gerrad masih tidak berasa selesa dengan Badar hingga ke hari ini. Ini kerana ego dalam diri Amer Gerrard. Ada juga sebab lain yang hanya untuk simpanan peribadi Amer Gerrard (PM/Whatsapp untuk info lanjut).


BAHAGIAN KETIGA



Pada tahun kedua pengajian di UKM, Amer Gerrard telah membuat satu tindakkan besar dalam hidupnya. Buat kali pertama, budak nakal itu (Amer Gerrard) telah mendaftar diri selaku ahli persatuan Islam iaitu persatuan Badar Ukmkl. Sebelum ini, budak nakal itu tidak pernah masuk mana-mana persatuan Islam. Bermula dari sekolah, matrikulasi dan sehingga ke universiti. Mungkin ini adalah sejarah yang mengubah dunia gelap budak nakal itu.

Sambil disaksikan pimpinan persatuan Badar, di dalam Dewan Serbaguna (DSG) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), budak nakal itu telah menghantar borang keahlian selaku ahli Badar. Dengan bayaran RM5 (Seingat penulis), Amer Gerrard menjadi ahli Badar selama SATU (1) tahun.

Perubahan persepsi budak nakal itu terhadap Badar telah diusahakan oleh beberapa individu seperti yang dinyatakan di atas. Saya minta maaf, nama individu itu tidak akan saya sertakan di sini. Ia juga untuk simpanan peribadi penulis (PM/Whatsapp untuk info lanjut).

Amer Gerrard telah mengakui bahawa beliau telah melakukan tindakkan yang salah dengan mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap ahli Badar. Semua persepsi buruk itu lahir dari pengalaman hidup Amer Gerrard. Beliau melihat sendiri geng-geng surau ini dengan mata kepala beliau sendiri.


BAHAGIAN KEEMPAT



Dari benci kepada cinta. Itulah keindahan kehidupan ini. Allah pernah berkata di dalam Al Quran:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui "

Surah Al Baqarah : Ayat 216


Saya tidak mahu mentafsir ayat di atas kerana saya bukan orang yang ahli untuk melakukannya. Kita mungkin tidak suka akan sesuatu perkara, tetapi ia baik untuk kamu. Begitulah sebaliknya. 

Mungkin pada awalnya, budak nakal Amer Gerrard tidak suka berada dalam persatuan Badar. Dia cukup tidak selesa bersama dengan budak-budak Badar kerana persepsi yang bermain dalam minda dia. Jauh di sudut hati dia, ini memang baik untuk dia. Berada bersama sahabat yang mampu membawa budak nakal Amer Gerrard kepada kehidupan yang lebih baik. 

Akhirnya, budak nakal itu telah menjadi salah seorang pemimpin untuk persatuan Badar Ukmkl. Bukan sekali, tetapi DUA(2) kali. 

Maka bergembiralah budak nakal Amer Gerrard dengan kehidupannya.

Pesanan:

Penulis memohon maaf jika ada berlaku kesalahan atau fakta yang tidak tepat untuk kisah BUDAK NAKAL BADAR.

Sekian,

Penulis :)






No comments:

Post a Comment