Thursday 17 September 2015

SUSU BERPERISA

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di ruangan tulisan ini sekali lagi. Mohon maaf kepada pembaca semua, saya tidak berkesempatan untuk menulis beberapa bulan sebelum ini. Kesibukan raya, program dan aktiviti-aktiviti lain telah membataskan hasrat saya untuk menulis di blog ini.

Pendahuluan seperti penulis yang telah lama bertapak di ruangan bacaan yang menjadi tumpuan pembaca. Walhal hanya sekadar penulis yang 'bajet poyo' sahaja. Haha

Berbalik kepada tajuk entry kali ini;

" SUSU BERPERISA "

Mungkin ada yang maklum, dan tidak menolak ramai yang masih tidak tahu. Saya telah membantu untuk mempromosikan dan menjual susu berperisa 100% hasil bumiputera. Saya sertakan di sini, iklan yang saya gunakan di ruangan media sosial seperti Facebook dan Instagram.


Jika berminat, hubungi nombor yang tertera di gambar itu. Maaf, iklan tidak berbayar sekejap.

Persoalannya sekarang, dari mana hadir keinginan saya untuk mula berniaga ini? Dan kenapa saya jual susu sebagai permulaan saya bertapak dalam bidang yang baru ini?

Saya bukan orang yang suka berniaga, kerana saya terlalu takut untuk mendapat respon negatif terutamanya mengalami kerugian dan ditipu. Mungkin terlalu terpengaruh dengan cerita negatif dari drama menyebabkan saya menjadi seperti itu.

Menjual susu berperisa ini memberikan pengalaman kepada saya untuk berinteraksi dengan pelanggan dan membantu saya menerokai strategi promosi yang berkesan. Umum sedia maklum, untung dan rugi dari menjual susu ini tidaklah terlalu tinggi berbanding produk lain. Kerisauan saya berkurang atas sebab itu.

Antara sebab lain saya menjual susu ini kerana ia adalah produk baru yang cuba koperasi saya masukkan ke dalam market di Kuala Lumpur secara khususnya.

Ini link blog koperasi, kubikl.blogspot.com dan ini link Facebook rasmi koperasi, https://www.facebook.com/Kop.UBKLBerhad?fref=ts

Pada permulaan saya memang takut dan tiada idea bagaimana untuk jual susu berperisa ini. Saya mulakan dengan post gambar seperti di atas di Instagram rasmi saya. Saya lebih selesa untuk melakukan experimental di Instagram berbanding media sosial yang lain.

Malangnya, respon di Instagram tidak berapa memuaskan. Hidup saya gelap, seperti tinggal di dalam gua bersama penyokong Liverpool dan Chelsea.

Selepas 2 hari menunggu respon di Instagram, saya kongsikan gambar itu di Facebook. Dalam fikiran saya, mungkin saya akan duduk di gua lagi bersama penyokong Liverpool dan Chelsea. Akhirnya, ada sinar mentari menarik pandangan mata saya. Respon positif telah saya terima. Susu berperisa mula mendapat tempat di hati pelanggan saya. Haha.

Saya tidak mahu cerita sangat apa yang berlaku selepas itu. Tidak menarik untuk bacaan kamu semua.

Apa yang saya ingin fokuskan di sini. Setelah mendapat tempahan yang pertama, saya mula belajar cara berinteraksi dengan pelanggan kita. Penggunaan ayat yang boleh menarik hati mereka. Paling penting, tiada paksaan dalam perniagaan. Saya ada MISI, dan MISI saya sama seperti kewujudan saya di media sosial. Ingin tahu apa MISI saya?

Whatsapp/Cal Amer (012-6927305)

Dari hari ke hari, saya semakin seronok dengan apa yang saya lakukan ini. Saya tegaskan lagi, untung menjual susu berperisa ini tidak banyak, tetapi keseronokan saya memasuki dan berada dalam bidang ini cukup berharga.

Sebagai booster untuk diri, saya menerima tempahan susu berperisa dari individu yang saya tidak pernah terfikir langsung. Siapa?

Whatsapp/Call Amer (012-6927305)

Cukup sampai di sini cerita saya. Saya mohon maaf kepada semua, tempahan susu berperisa terpaksa saya berhetikan buat seketika bagi memberi laluan kepada Hari Raya Aidiladha. Haha.

Selepas raya, kita akan kembali. Saya sudah menyusun strategi yang lebih mantap.

Izikan saya mempromosikan iklan sebentar. Saya masih membuka tempahan untuk baju ini (Lihat bawah) sehingga 29 Sept 2015. Jika berminat, hubungi

Whatsapp/Call Amer (012-6927305)















No comments:

Post a Comment